Thursday, August 26, 2010

Andainya lelaki tahu


Andainya lelaki tahu
dalam hati seorang perempuan,
ada naluri untuk disayangi,
ada rasa untuk diberi perhatian,
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
ada waktu-waktu minta untuk didengari kesedihannya...
Andainya lelaki tahu
rajuk seorang perempuan minta dipujuk,
marah seorang perempuan perlu didekati,
sedih seorang perempuan harus didengari,
gembira seorang perempuan mesti dikongsi...
Andainya lelaki tahu
disebalik seribu satu rasa itu,
ada sekeping hati yang lembut.....
bukan untuk dimanjai dan bukan
untuk ditatang bagai minyak yang penuh.
hanya perlu sedikit perhatian
agar rasa kasih itu terasa wujud
walau disaat jauh.....
Kerana andai lelaki tahu
hati ini akan sentiasa bertanya.
pada diri seorang perempuan
wujudkah cinta itu dihati lelaki...????
bila disaat jauh tanpa perkhabaran??
sayangi seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang
bukan atas dasar atas siapa dirinya sebelum ini
cintailah seseorang itu kerana hatinya
bukan paras rupa semata-mata